Musninnzd's Blog

soalan HBAE1203 Perkembangan Seni dan Kanak-kanak

Posted on: Julai 23, 2009

 

BAHAGIAN A

 

ARAHAN

 

Bahagian A mengandungi SEPULUH soalan. Jawab SEMUA soalan.

 

 

SOALAN:                                                                                                    Markah

 

  1. Nyatakan EMPAT peringkat teori perkembangan kanak-kanak yang diperkenalkan  oleh Georges-Henri Luquet(1926).

 

                                                                                                                (4)

 

  1. Di dalam teori Sosial- Interaksi yang diperkenalkan oleh Piaget, terdapat DUA proses yang digunakan oleh individu sepanjang hayat dalam menyesuaikan diri mereka dengan persekitaran. Nyatakan proses-proses tersebut.

 

                                                                                                                (4)

 

  1. Unsur-unsur seni reka terdiri daripada enam elemen asas yang penting dalam penggubalan sesuatu karya seni visual. Nyatakan EMPAT daripada enam unsur seni tersebut.

 

                                                                                                                (4)

 

  1. Pelajar visual secara amnya dapatlah diklasifikasikan sebagai pelajar yang gemar menggunakan deria penglihatan lebih daripada deria yang lain untuk mendapatkan maklumat semasa proses pembelajaran berlaku. Jelaskan DUA peranan yang boleh dimainkan oleh guru di dalam meransang pelajar mempelajari secara visual.

 

                                                                                                                 (4)

 

  1. Jelaskan DUA tahap pemikiran kreatif seperti yang diterangkan oleh Fisher(1943).

 

                                                                                                                 (4)

 

  1. Gazalba (1978) mentakrifkan estetik itu sebagai satu cabang ilmu normatif yang membawa nilai-nilai kecantikkan dan kebaikan. Senaraikan DUA kepentingan mempelajari estetik.

 

                                   

 

                                                                             (4)

 

  1. Nyatakan DUA matlamat utama apresiasi seni.

 

                                                                                                                 (4)

  1. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran boleh dibahagikan kepada empat ketegori. Senaraikan EMPAT kategori tersebut.

 

                                                                                                                  (4)

 

  1. Kebanyakan sekolah telah menyediakan bilik khas yang diperuntukkan sebagai bilik seni atau studio seni. Berikan EMPAT keperluan asas bilik seni tersebut.

 

                                                                                                                  (4)

 

10.  Senaraikan DUA bentuk penilaian alternative yang disarankan oleh Hurwitz dan Day (2001).

 

                                                                                                                  (4)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

BAHAGIAN B

 

ARAHAN

 

 

Bahagian B mengandungi LIMA soalan. Jawab TIGA soalan SAHAJA.

 

 

SOALAN:

 

 

 

  1. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran membawa pengertian menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

 

(a)  Nyatakan LIMA peranan ICT di dalam konteks pembelajaran.

 

(5)

 

(b)  Terdapat pelbagai  definisi yang telah dikemukakan oleh tokoh-tokoh mengenai pengertian multimedia. Huraikan secara ringkas mengenai pengertian multimedia menurut pemahaman anda.

 

(5)

 

(c)   Huraikan dengan jelas LIMA elemen multimedia.

 

(10)

 

 

(Jumlah: 20)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  1. Matlamat Wawasan 2020 menekankan kepentingan melahirkan warga Malaysia yang kreatif dan inovatif. Begitu juga dengan Falsafah Pendidikan Negara yang memberikan penekanan kepada usaha melahirkan lebih ramai lagi individu yang kreatif dan inovatif bagi membangunkan Negara.

 

(a)  Apakah yang dimaksudkan dengan kreativiti?

 

(2)

 

(b)  Menurut Victor Lowenfeld (1975) pengembangan galakan pemikiran kreatif di kalangan kanak-kanak perlu dilakukan secara berterusan. Beliau juga turut menegaskan bahawa sekatan dan halangan terhadap pengembangan kreativiti adalah disebabkan oleh dua faktor utama. Jelaskan DUA (2) faktor tersebut.

 

(8)

 

(c)   Calvin W. Taylor (1976) percaya bahawa pengembangan bakat berkait rapat dengan cara guru meransang pemikiran mereka. Melalui teorinya Multiple Creative Talent, beliau percaya pembentukan bakat perlu sesuai dengan aktiviti yang dijalankan di dalam kelas. Beliau membahagikan kreativiti kepada lima peringkat utama. Huraikan LIMA peringkat utama tersebut.

 

(10)

 

 

(Jumlah: 20)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  1. Mengajar merupakan satu tugas yang kompleks. Semasa mengajar guru perlu melakukan pelbagai bentuk penilaian dan pengujian untuk memastikan keberkesanan pengajaran.

 

(a)  Jelaskan konsep pengujian tersebut:

 

(i)     Konsep Pengujian Tidak Formal

 

(ii) Konsep Pengujian Formal

 

(4)

 

(b)  Pengujian formatif merujuk kepada sebarang bentuk pengujian yang dijalankan pada bila-bila masa semasa tahun pembelajaran. Nyatakan TIGA kelebihan menggunakan kaedah pengujian ini.

 

(6)

 

(c)   Huraikan panduan kaedah pengujian hasil kreativiti kanak-kanak seperti yang disarankan oleh Hurwitz dan Day (2001).

 

(10)

 

 

(Jumlah: 20)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  1. Suasana pembelajaran akan menjadi lebih menarik sekiranya guru mampu menyediakan alatan tertentu yang sesuai dengan objektif pembelajaran dan sukatan matapelajaran yang ditetapkan. Oleh itu, pelbagai jenis alatan dan media wajar diketengahkan dalam proses pembelajaran untuk meransang minda kanak-kanak.

 

(a)  Senaraikan EMPAT alatan asas yang boleh disediakan oleh guru pendidikan seni visual bagi meransang minat kanak-kanak untuk melukis dan mencipta.

 

(4)

 

(b)  Penggunaan rakaman video dan teknologi maklumat memberikan nafas baru di dalam pembelajaran seni visual di sekolah. Jelaskan TIGA perkara utama yang perlu diambil kira sebelum rakaman video digunakan di sekolah.

 

(6)

 

(c)   Bincangkan LIMA kelebihan menggunakan gambar foto dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual.

 

(10)

 

 

(Jumlah: 20)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  1. Apresiasi seni merupakan aspek penting di dalam pengajaran pendidikan seni visual. Apresiasi seni ini merupakan proses penghayatan seni yang merangkumi aspek-aspek pengetahuan, membuat pertimbangan, penyataan diskriminasi dan penghargaan terhadap karya seni.

 

(a)  Jelaskan pengertian apresiasi seni seperti yang dijelaskan oleh Hurwitz dan Day (2001).

 

(2)

 

(b)  Huraikan pandangan tokoh seperti Dewey & Otto Krash dan Walter & Clive Bell mengenai apresiasi seni.

 

(6)

 

(c)   Ecker (1966) mengkategorikan apresiasi seni di dalam bercorak analitikal. Apresiasi analitikal adalah satu kaedah bagi melihat aspek penghasilan karya seni visual dan disusun dari konsep mudah kepada yang lebih kompleks. Huraikan.

 

(12)

 

 

(Jumlah: 20)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KERTAS SOALAN TAMAT

 

 

 

Disediakan

MUSNIN BIN MISDIH

M.Ed ( UTM ), BFA. Hons ( USM )

Cert. Ed ( IPTAA ) & ( SEAMEO RECSAM )

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


  • Tiada
  • Mr WordPress: Hi, this is a comment.To delete a comment, just log in, and view the posts' comments, there you will have the option to edit or delete them.

Kategori

Arkib

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: